Mar ( Marlenny Fane ) meraikan pagi Krismas bersama rakan 
artis, penerbit dan krew Rancangan Khas Krismas terbitan RTM Sabah

Rich ( Suami Velvet ) di hari Krismas

Velvet ( Kupi Kupi Fm ) melontarkan senyuman istimewa untuk peminat
sambil mendukung 'sweetheart'nya
( gambar bawah ) keluarga dan anak-anak buah Velvet


Maldini Sidney ( VokfmSabah ) 
bergambar bersama keluarga

Penyampai Rancangan Kami Bah Ini KBI, Richard ( no 2 dari kiri ) bersama rakan penyampai di KBI Hendra, Cassey & Dhiya berKrismas di set KBI






Reynaldo Raymond Pagie @ Rey Kimara
 ( penyampai vokfm sabah & penyanyi )bersama isteri & anak-anak 
serta keluarga beliau


LP Raphiel Pinus Presiden PERTISA ( Persatuan Artis Sabah ) bersama keluarga
" saya dan keluarga mengucapkan Merry Christmas dan selamat Tahun baru 
kepada semua" LP Raphiel Pinus

En Paujin & Keluarga bersama Elica 

S Welly yang dikenali dengan lagu Gadis Kudat & Gadis Sabah 
bersama rakan-rakan & keluarga 


Jenny Gaising bersama peminat dan sahabat handai 
di Kampung Moyog, Penampang


Pasangan James Yahaiband & Isteri Jovita
 ( pemuzik & penyanyi ) 

"Merry Christmas dan tahun baru kepada semua yg mengenali kami..Peace and Love Gembira sebab tahun ini dapat kumpul satu family.. anak sulung dari Pulau Pinang ada balik..Vanessa..nurse, dia juga ada mengeluarkan single bertajuk Abadi" - James Yahaiband

Ronn Langad bersama keluarga sahabat handai
dan peminat di Hari Krismas


Beebey


Sebenarnya GK memang jarang terbaca tulisan tentang penyampai radio yang kecil molek ini. Beebey atau nama sebenarnya Shaidatul Izwanna menang petah bila keudara atau pun di atas pentas. Dahulu bertugas di ERASabah dan tup tup sudah menyertai stesen radio terbaharu di Sabah iaitu VOKfmSabah. Apa cerita? GK whatsappkan soalan berikut kepada Beebey... 

1. Kenapa tinggalkan Era Sabah senyap-senyap
Tidak dinafikan ERA Sabah merupakan radio stesen yang terkenal di Sabah dan sudah 7 tahun bersama-sama. Bila lahirnya stesen radio tempatan Sabah yang baru, VOK fm saya terasa aura, suasana pekerjaan, disamping penyampai-penyampai yang sangat berpengalaman membuatkan saya ingin mencuba perkara dan pengalaman baru. Memang berat tinggalkan kawan-kawan di ERA Sabah yang lama bersama-sama jatuh bangun di stesen tersebut, akan tetapi saya harus melangkah lebih lagi untuk masa hadapan saya.

Beebey dengan baju t VokFm

2. Apa cerita di stesen baru?
Vok fm Sabah adalah radio swasta tempatan yang baru, memberikan kelainan kepada semua pendengar dari segi pusingan lagu, kandungan pengisian, penceritaan dan bermacam-macam lagi. Tambahan pula, gabungan penyampai seperti Felix Agus, Ramli Carlo, Rey Kimara, Aegy, Kapten dan juga Maldini. 

3. Apa pencapaian 2017 dan apa yang ingin dicapai 2018
Banyak sebenarnya. Tetapi fokus Beebey lebih di Vok fm. Sedar tak sedar mula ke udara pada 16 September kini sudah hampir 4 bulan ke udara. Walaupun masih ke udara secara online, namun akan datang bakal ada frekuensi menjelang tahun 2018. Beebey harapkan lebih banyak perkara baik akan datang selepas ini.

Beebey bersama rakan penyampai di VOKfm Sabah Felix, Maldini &  Aegy 


4. Apa pendapat beebey dunia penyiaran Sabah?
Sebenarnya pada mulanya Beebey tidak menyangka punca rezeki Beebey adalah dalam bidang ini. Alhamdulillah sepanjang berada dalam dunia penyiaran di Sabah ini, ternyata sangatlah seronok. Salah satunya kita boleh berjumpa depan mata artis yang kita minat, dapat lebih ramai kawan dari banyak tempat. Tambahan pula, selain daripada ke udara, Beebey boleh mencari duit tambahan dengan menjadi pengacara majlis keramaian.

5. prinsip beebey di dalam bekerja
Bagi Beebey, dalam apa jua pekerjaan kita kena komited dan jangan berkira. Sentiasa rajin bertanya kerana setiap hari merupakan “learning process”. Juga, jangan lupakan dengan orang tua apabila kita suda bekerjaya.

Felix Agus 2017

Felix Agus mula dikenal ketika menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-3 kemudian menyinar selepas dinobat sebagai naib juara. Selepas itu bermulalah perjalanan karier seni beliau sebagai penyanyi dan pelakon termasuk berlakon filem. 2010 Felix menyertai UMS ( Universiti Malaysia Sabah ) sebagai Penerbit Rancangan dan penyampai di radio Kampus Kita FM (KKFM) milik universiti itu. Jun 2017 Felix meninggalkan UMS dan menyertai VOKfm Sabah sebagai penyampai. Tidak ramai yang tahu felix sebenarnya memphnyai bakat sebagai Photografer dan bidang videografi termasuk suntingan (editing) Video yang felix hasilkan sebagai kamera operator dan editor boleh ditonton di link berikut dan merupakan terbitan stesen radio vokfmsabah

https://m.youtube.com/watch?feature=share&v=moQ6TkfC4Kk


Siapa sangka, antara pencipta lagu-lagu Hain Jasli adalah Jualis; orang Kota Marudu. Nama penanya,  YY.Yulles atau lebih dikenali sebagai Jualis Sakaban, berasal dari Tagibang, Kota Marudu. Beliau juga dikenali sebagai Imam Mutalib. Jualis@Imam Mutalib adalah antara pencipta lagu-lagu Hain Jasli yang sangat popular antaranya, Aik Koti, Rongoho Poh Sindingku, Tadau Minggu, Lambai Longon, Koulau Do Ginawoku. Liriknya begitu puitis, menusuk  kalbu para pendengar khusus peminat lagu-lagu tempatan Sabahan.



Kemampuan beliau dalam mencipta lirik dan melodi agak luar biasa kerana beliau hanya menggunakan imaginasi bunyian alam menerusi pendengaran serta penglihatannya. Begitu, beliau mampu menyusun lagu setiap lirik, tanpa bantuan peralatan muzik seperti gitar dan seumpamanya. Inilah Imam Mutalib yang saya kenali. Pada saya, itu agak luar biasa dan terkeluar dari hukum muzik.

Semasa bertandang di rumahnya, beliau sempat memperlihatkan kepada saya beberapa lagi lirik  baru ciptaannya, selain lirik-liriknya yang telah dinyanyikan oleh Hain Jasli. 



Kata Mutalib, ideanya selalu muncul ketika menoreh getah. Pernah juga ketika di perhentian bas dan di pondok pengawal semasa sedang  bertugas. Bukan itu saja,  beliau bahkan mampu melukis pemandangan alam yang sangat indah dan tidak mustahil bakat yang ada itu, jika digilap akan mampu menghasilkan seni yang boleh merentasi sempadan.

Saya turut mencadangkan kepada beliau agar mula menghasilkan lagu-lagu ketuhanan dalam bahasa Dusun selepas ini.

sumber : nazri al dusuni



Kapten Faqrul ( Pengurus VokfmSabah ) berswafoto dengan para peserta program 

Barisan penyampai vokfmsabah bersama kira-kira 200 peserta yang terdiri daripada penduduk kampung serta sukarelawan telah berjaya merealisasikan satu Projek Komuniti berupa aktiviti gotong-royong mengutip sampah dan membersih laluan serta parit sepanjang jalan raya besar Kg. Bongol Tamparuli yang berkepanjangan kira-kira 5 km . 
Rey Kimara bersama Efika salah seorang finalis 'Pencarian (penyampai) Teman Semangat Pagi Vok'

Selain kehadiran para penyampai seperti Kapten Faqrul, Reynaldo Raymond Paggie, Beebey, Felix Agus, Maldini Sidney serta Ag Sri Iskandar Bahrin (Aegy), majlis itu juga diserikan dengan kehadiran YB Datuk Joniston Bangkuai, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah merangkap ADUN N11 Kiulu. turut bersama di program tersebut juga ialah para Finalis Pencarian (penyampai) Teman Semangat Pagi Vok Vokfm.     Menurut Kapten Faqrul selaku Pengurus Stesen Vokfmsabah yang mengetuai barisan penyampai VokfmSabah, Projek komuniti tersebut merupakan kerjasama antara Komuniti Kg Bongol, VokfmSabah dan beberapa NGO serta agensi kerajaan 

Maldini Sidney, Felix Agus & Aegy

Pada sebelah petang program tersebut, acara ditambah-meriah dengan pelbagai aktiviti antaranya ceramah kesedaran Kanser Payudara oleh Kinabalu Pink Ribbon, Derma Darah oleh Unit Tabung Darah Bergerak HQE2, pameran oleh Agensi Kerajaan & NGO seperti Persatuan Lada Hitam Tuaran, Jabatan Kebajikan Tamparuli, Jabatan Air Tuaran, Ecolinc Kinabalu, Taman-Taman Sabah, Sos Organic Fertilizer dan banyak lagi

" mesej program ini mudah, kita mahu menyampaikan mesej mencintai kebersihan dan menjauhi sikap suka membuang sampah sesuka hati ", jelas Kapten Faqrul. Dalam program tersebut juga VokfmSabah telah menaja beberapa papan tanda 'Peringatan Mesra' kepada orang awam agar menanam sikap cintakan kebersihan yang memaparkan wajah para penyampai VokfmSabah dari Kg. Bongol ke Simpang Kota Belud. 

Album Projek Komuniti Kg Bongol Tamparuli







Antara PAPAN TANDA yang dipasang di beberapa kawasan strategik 
di sekitar Kg Bongol sempena Projek Komuniti Tersebut



sumber gambar & berita : unit media vokfmsabah
Dikuasakan oleh Blogger.