Siapa sangka, antara pencipta lagu-lagu Hain Jasli adalah Jualis; orang Kota Marudu. Nama penanya,  YY.Yulles atau lebih dikenali sebagai Jualis Sakaban, berasal dari Tagibang, Kota Marudu. Beliau juga dikenali sebagai Imam Mutalib. Jualis@Imam Mutalib adalah antara pencipta lagu-lagu Hain Jasli yang sangat popular antaranya, Aik Koti, Rongoho Poh Sindingku, Tadau Minggu, Lambai Longon, Koulau Do Ginawoku. Liriknya begitu puitis, menusuk  kalbu para pendengar khusus peminat lagu-lagu tempatan Sabahan.



Kemampuan beliau dalam mencipta lirik dan melodi agak luar biasa kerana beliau hanya menggunakan imaginasi bunyian alam menerusi pendengaran serta penglihatannya. Begitu, beliau mampu menyusun lagu setiap lirik, tanpa bantuan peralatan muzik seperti gitar dan seumpamanya. Inilah Imam Mutalib yang saya kenali. Pada saya, itu agak luar biasa dan terkeluar dari hukum muzik.

Semasa bertandang di rumahnya, beliau sempat memperlihatkan kepada saya beberapa lagi lirik  baru ciptaannya, selain lirik-liriknya yang telah dinyanyikan oleh Hain Jasli. 



Kata Mutalib, ideanya selalu muncul ketika menoreh getah. Pernah juga ketika di perhentian bas dan di pondok pengawal semasa sedang  bertugas. Bukan itu saja,  beliau bahkan mampu melukis pemandangan alam yang sangat indah dan tidak mustahil bakat yang ada itu, jika digilap akan mampu menghasilkan seni yang boleh merentasi sempadan.

Saya turut mencadangkan kepada beliau agar mula menghasilkan lagu-lagu ketuhanan dalam bahasa Dusun selepas ini.

sumber : nazri al dusuni

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.