Ridah salah seorang artis Sabah yang cukup dikenali ramai peminat lagu-lagu tempatan. Lagu Lugai-lugai dalam album pertama Ridah mencapai 200K view di youtube. GK check balik masih ada no fon dia, so GK send beberapa soalan untuk dia jawab. so dia jawab juga hehe

1. Mana kao ilang ?Ke mana menghilang ) Tidak menghilang ke mana-mana. Cuma balik bercuti di kampung ibu dan menjaga ayah yang sudah uzur. Karier masih berjalan macam biasa.

2. Apa perkembangan terkini?
Baru juga hasilkan 2 lagu single yang dimuatkan di dalam album kompilasi "ubus" dan "pertisa evo". Single terbaru dalam album " ubus" adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh artis dusun tatana iaitu adex yang bertajuk "pulangkan aku" dan turut dirakam dalam versi dusun tatana iaitu "pogulio akuh noh" . Lagu ni juga akan dirakam dalam bahasa kadazan tidak lama lagi dan di alih bahasa oleh dj radio sabah.vfm, dj sugali. untuk album "pertisa evo" , saya nyanyi lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh artis wilton hamdih gudol. Lagu  bertajuk "suhat do minamangun" ini berentak balada dan merupakan kesinambungan kepada lagu "monompulangad" yang dimuatkan dalam album kedua saya yang lalu.

3. Berlakon, menyanyi mana satu yang paling ridah suka? Kenapa? Saya lebih suka menyanyi berbanding berlakon. Menjadi seorang penyanyi sudah menjadi minat dan cita-cita saya sejak kecil. Walaupun bakat nyanyian saya tidaklah seberapa, tetapi saya lebih yakin menyanyi berbanding berlakon.  Walau bagaimana pun, saya suka juga berlakon. Walaupun bakat lakonan saya mulai diasah melalui program idola sabah 2005, dan masih agak kekok membawa pelbagai watak, tetapi, saya suka belajar benda yang baru. Kerjaya sebagai pelakon ini bagi saya satu pengalaman yang baru yang lebih mencabar. Masih banyak yang saya perlu pelajari. Namun begitu, saya terbuka untuk menempuhi kedua-dua karier ini dan tidak menutup peluang jika ditawarkan membuat persembahan nyanyian mahu pun berlakon.

4. Isu lelaki suka pukul perempuan, apa komen Ridah? Isu ini bukan baru. Bagi saya, perkara ini tidak wajar berlaku. Sekiranya perempuan membuat kesalahan, memukul bukan jalan penyelesaian terhadap sesuatu perselisihan. Hukuman secara fizikal hanya akan membuatkan wanita memberontak, rasa hormat terhadap lelaki berkurang dan mengalami masalah mental. Perselisihan harus diselesaikan melalui perbincangan dengan hati yang terbuka. Lelaki dan perempuan harus berfikiran rasional dan banyak bersabar. Kalau ada kelakuan pasangan yang tidak disukai, bawalah berbincang atau tegur dengan cara baik.  Kalau tidak dapat bawa berbincang, mungkin boleh dibawa kepada pakar kaunseling. Kalau tidak selesai juga, wanita bolehlah belajar tae kwan do supaya ada saingan kalau lelaki pukul. Hahaha.. Gurauan ja ba bang. Jan telampau serius membaca. Hahahahah.

5. Apa yang ingin sangat anda lakukan dalam bidang seni? Banyakkkkk... Tapi....salah satunya ialah berjaya menganjurkan konsert besar-besaran di stadium likas untuk semua artis tempatan kelahiran sabah. Kalau boleh, biar konsert ini mendapat liputan penuh oleh stesen televisyen. Artis jemputan akan mendapat bayaran lumayan agar mereka merasa lebih dihargai dan berbaloi. Sekurang-kurangnya program ini akan dapat membuka mata organizer agar lebih menghargai kerjaya seorang penyanyi. Amin!!!!


Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.