Salam semua, untuk postingan yang
pertama ni, GK memberi penghormatan untuk menulis mengenai Deddy M Borhan
kerana menerima penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Sabah PGDK hari ini
9 NOV 2016 yang membawa gelaran DATUK. Memang tepat pada waktunya Datuk
Deddy menerima gelaran ini. Sepintas lalu mengenai Datuk Deddy dilahirkan pada 26
Februari 1944 di Tuaran Sabah. Mendapat pendidikan awal di Government Primary
School Tuaran ( sekarang tapak SMK Badin Tuaran ) dan selepas itu melanjutkan
pelajaran peringkat menengah di Sabah College ( Makab Sabah ). Bakat seni
beliau mula terserlah apabila beliau dan rakan-rakan menubuhkan kumpulan
kugiran ketika belajar di Sabah Collage. Semenjak di bangku sekolah lagi M
Borhan memang meminati muzik. Beliau boleh bermain Clarinet, Saxophone, Dram
dan menyanyi. Semenjak di Sabah College lagi beliau dan rakan-rakan sering
dapat jemputan menyanyi di
Radio Sabah dan di majlis keramaian. Menurut M. Borhan, ketika itu juga beliau
selalu mendapat jemputan menyanyi bersama MY Ahmad dan beberapa penyanyi lain.
Beliau pada zaman persekolahan juga amat meminati dan sering menonton
filem-filem allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Adakalanya beliau menonton sampai
tiga hingga empat kali filem tersebut sehingga dapat menghayati menghafal dan
menyanyikan lagu-lagu P. Ramlee. M
Borhan tamat persekolahan di Sabah College pada tahun 1964. Beliau menubuhkan
Sabah Film Production pada tahun 1971 dan ke Kuala Lumpur untuk terjun ke dunia
perfileman - GK
Sepanjang menerajui
Sabah Film Production, berikut adalah senarai filem yang telah beliau hasilkan
;
Bil
|
Tahun
|
Filem
|
01
|
1975
|
Keluarga
Si Comat
|
02
|
1976
|
Hapuslah
Air Mata Mu
|
03
|
1977
|
Pendekar
|
04
|
1980
|
Gila-Gila
|
05
|
1980
|
Kisah
Seorang Biduan
|
06
|
1980
|
Si
Badol
|
07
|
1980
|
Si
Luncai
|
08
|
1980
|
Tuan
Besar
|
09
|
1981
|
Sumpah
Semerah Padi
|
10
|
1981
|
Toyol
|
11
|
1982
|
Bertunang
|
12
|
1983
|
Manis-Manis
Sayang
|
13
|
1983
|
Mat
Salleh Pahlawan Sabah
|
14
|
1984
|
Azura
|
15
|
1984
|
Di
Ambang Kasih
|
16
|
1984
|
Pagar-Pagar
Cinta
|
17
|
1984
|
Talaq
|
18
|
1985
|
Si
Jantung Hati
|
Catat Ulasan