DYANA |
Dyana atau lebih mesra dengan panggilan Ende merupakan salah seorang penyanyi lagu-lagu Bajau semporna yang cukup berbakat khususnya dari segi penampilan vokal.
Selain lagu-lagu Bajau, juga berkebolehan menyanyi lagu-lagu hindi dan semestinya lagu-lagu melayu.
Yang menarik tentang Dyana ialah sejak aplikasi smule wujud, Dyana antara artis Sabah yang banyak memuat naik lagu dan buat video collabs. GK whatsapp truss
1. Salam, apa cerita baru dyana? album baru? album lama yang masih ada dipasaran, cerita sikit
::
Ha..ha.. gingkita ni kan? Wassalam bang, album baru masih dalam perancangan, dan inshaAllah akan dilancarkan sebaik sahaja peruntukan dapat disediakan dan kelapangan komposer pada masa yang dirancang. Album lama masih ada permintaan dan masih ada dipasaran walaupun ianya telah lama dirakamkan iaitu sejak tahun 2009 lagi
2. Dyana ni antara artis Sabah yang boleh dikatakan 'kaki smule'. Banyak sudah kali lagu dimuat naik? Lagi satu, apa pengalaman yg paling best bila bersmule ni?
Muatnaik lagu memang tidak terkira campur tolak suda ada sebanyak 7433 kolabrasi audio dan video dan sebanyak 9604 followers , pengalaman paling best tu lah dapat kolabrasi dengan semua Smulers seluruh dunia, base on lagu juga lah kalau kita open , India, China,Orang Putih, Jepun, Malaysia, Filipina semua ada
3. Dyana juga salah seorang artis Sabah yang boleh nyanyi Lagu hindi dengan baik. ada juga show yang request lagu Hindi ?
Biasanya permintaan lagu hindi lebih kepada tetamu VVIP seperti dalam Jabatan tempat saya kerja, Lawatan Pengarah dalam dan Luar negara, Majlis Malam Beradat yang dihadiri VVIP TYT , Menteri, dan daripada bakat ini juga saya meraih pendapatan sampingan apabila dipanggil membuat persembahan setiap tahun memang kerap
4. Minat dengan Datuk Siti Nurhaliza sampai boleh nyanyi lagu2 Datuk Siti dengan alunan suara macam siti. Identiti Dyana macam mana?
Ia sebenarnya memang tidak dinafikan suara alunan tu kadang klon Dato Siti al-maklumlah lagu2 Dato Siti memang popular sejak dari zaman kanak-kanak saya sehingga usia remaja sehinggakan semua pertandingan karaoke pada waktu itu lagu wajibnya lagu dato siti , Identiti pula bak kata tajuk lagu Shima "Aku Tetap Aku" dan bakat menyanyi lagu hindi juga menampakkan kelainan bakat saya membuatkan saya nampak berbeza ceh
5. Cua send dulu link antara lagulagu yang sudah dimuat naik ?
- Listen to me sing "Siksa Pangentoman (Dyana)" on Smule: http://www.smule.com/p/565813330_933610221
- Listen to me sing "Janam Janam- Dilwale (DUET)" on Smule: http://www.smule.com/p/632692588_933590200
Catat Ulasan