1. Cerita sikit bagaimana Asbow bermula dalam arena hiburan ? 

Asbow bermula dgn underground hip hop pada tahun 2000 yg mana UG hip hop tengah up time tu di bawah satu clan yg di panggil North Borneo Crew (NBC).. Asbow muncul dalam satu kumpulan ketika itu di panggil Dirty Menace. Selepas aktif beberapa tahun saya keluar menjadi solo kerana lebih selesa.

2. Hasil seni pernah dihasilkan & penapaian terbaik  yang boleh dikongsi. 

Pada tahun 2006 Asbow telah ke singapore mengikuti pertandingan rap battle underground peringkat asia... atas desakan rakan rakan seperjuangan menyuruh saya mengikuti battle tersebut..ketika itu saya sudah mencipta satu lagu saya sendiri iaitu hip hop daling daling..dalam kategori hip hop battle performance saya cuba persembahkan lagu tersebut..

tdk sangka orang luar orang asing menyukai lagu hip hop daling daling,dan lebih mengejutkan saya dinobatkan pemenang tempat kedua dalam battle persembahan..mmg tekejut gila ..dgn rap Bajau bangsa saya persembahkan di Singapore boleh menang tempat kedua peringkat asia walaupun sekadar underground Di situla titik permulaan lagu saya hip hop daling daling..

saya tetap teruskan pada tahun 2008 seorang rakan lama saya yg di kenali sebagai Atama ketika itu berminat utk produce lagu hip hop daling daling dan pada tahun 2009 hingga 2011 saya sain kontrak mengeluarkan single saya sendiri iaitu hip hop daling daling.

syukur pada ketika itu lagu ini semakin d minati ramai dan menjadi pilihan pendengar di semua corong corong radio sabah dan slalu memenangi carta pendengar Pada tahun 2012 saya habis kontrak dengan atama music publishing,saya bergerak secara sendirian dengan kerjasama dengan studio di bawah naungan janrywine j lusin penyanyi mcm di kk.Dan mengeluarkan lagi single kedua kesinambungan dari single saya yg pertama iaitu lagu single kedua saya hip hop pakiring syukur lagu ini jgk dapat sambutan mengalakkan tercalon d carta carta radio sabah.

3. Lagu-lagu bajau pantai timur, apa komen Asbow? 

lagu lagu bajau pantai timurlah sebenarnya perjuangan saya dalam dunia hip hop tetapi dalam konsep tribal music. 

Ia adalah salah satu cara utk saya menaikkan sekaligus memperkenalkan lagu-lagu bajau pantai timur. Keunikan lagu lagu bajau pantai timur adalah kekuatan lagu bangsa ini..sma jgk dgn bangsa bangsa yg lain di Sabah mempunyai keistimewaan tersendiri..

apa yg penting saya terokai setiap bunyi keaslian, bait lirik bahasa kerana apa yg saya lihat muzik kita mmg banyak lagi sebenarnya kita tertinggal ..tidak percaya cuba dengar setiap beat tradisional lagu kita byk bunyi yg kita boleh explore dan create di samping memperkembangkannya Kalau anda tidak percaya kenapa saya boleh menang tempat kedua di Singapore walau lagu hip hop daling daling dalam rap bajau tapi org yg mendengarnya ketika itu teramat enjoy dan merasakan keunikan etnik muzik kita. 

Muzik kita muzik yang ada keistimewaan yg banyak..jangan malu dgn muzik identiti tempatan kita kita..

4. Asbow sering terlihat di program rekreasi dan sukan artis Sabah. 

Cerita sikit acara yang pernah dijayakan. Penglibatan saya dalam dunia sukan sebelum saya aktif dalam dunia seni mungkin menyebabkan saya juga ingin memperkembangkan sukan yg d ceburi dalam dunia seni hehhee... 

Saya pernah wakil Sabah dalam badminton dan saya pernah wakil SAFA KK dalam bola sepak..so mungkin dgn sedikit pengalaman saya dapat share dgn artis artis sabah yg minat bersukan dalam dua jenis sukan ni..saya juga telah membuka satu team ataupun perintis kepada team pasukan badminton artis artis sabah. 

Banyak acara telah kami anjurkan kami juga telah tour ke daerah daerah utk perlawanan amal seperti Tambunan,Kota Marudu,Keningau dan terbaru kami ke Ranau.apa yg bole saya katakan ia adalah serampang dua mata,selain kita boleh mencungkil bakat bakat artis sabah dalam bersukan ia sekaligus jgk memperkenalkan artis artis sabah secara tidak langsung maklumlah di sabah ni ramai org hanya kenal pada lagu bukan penyanyinya..

so dengan aktiviti sukan begini ia dapat memperkenalkan artis artis sabah


5. Single terakhir pernah di hasilkan banduan cinta secara kolaborasi, apa perancangan selepas ini? 


Kolaborasi adalah project yg di luar jangkaan sebenarnya sebelum ini mmg ramai yg mahu berduet bersama asbow tetapi selain komitmen tetapi jgk material muzik tidak berkenan di hati. 

Namun pada 2012-2013 Kolaborasi saya dengan Aaron Tam dgn lagu bertajuk Banduan Cinta nampak keberhasilannya genre pun adalah pertama kali kami cuba dgn genre slow rock balada dan hip hop ia sesuatu di luar jangkaan saya tapi desakan rakan rakan seperti Ebi Kornelis,JJL ,Kiels Merejeen dan yg lain kami rekod jgk la.. 

Projek kolaborasi kedua bersama KJ (Mentor) dan yg terakhir lagu kolaborasi  bersama Nadia Ali peserta gegar vaganza1 di mana lagu kami kini tengah dimainkan d corong corong radio bertajuk dua insan. Oh ya Pada 31 december 2016 aku akan ke singapore sekali lagi utk pertandingan rap battle underground hip hop


ASBOW
via whatsapp

5 Soalan Padu ditujukan kepada Asbow..Apa Reaksinya?

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.