Dayang Noraini (DN) kalau masih ingat 18 tahun (1998) yang lalu DN pernah menjuarai program Sinaran Passport Kegemilangan anjuran TV3 dan seterusnya bergiat aktif dalam arena hiburan, pernah menghasilkan beberapa album kompilasi dan single.
Hari ini, 27 Nov 2016 DN mencatat satu lagi sejarah tersendiri di dalam bidang akademik dan sekaligus karier sebagai penghibur. DN menerima Ijazah Kelas Satu ( SARJANA MUDA PENDIDIKAN - BAHASA INGGERIS ) dan turut menjadi Pelajar Terbaik Program.
Lebih menarik, DN turut menyampaikan sebuah lagu ( LAGU ANAK ) ketika sesi rehat pada istiadat konvo tersebut bersama orkestra UMS yang dipimpin oleh suaminya sendiri.
Seluruh warga dewan tergamam dengan persembahan yang tidak dijangka namun cukup memberi kesan yang tersendiri. ikuti temubual melalui whatsapp Gingkita bersama DN
1. Tahniah atas kejayaan menerima Ijazah Sarjana Muda Kelas Satu di dalam konvokesyen ke 18 UMS baru-baru ini. belajar sambil bekerja meletihkan, apa komen DN ?
Wslm, first of all I'm very thankful to god la kan. Syukurrr alhamdullilah. Tq tak terhingga juga pada family & kawan2 yg memberi dorongan, bantuan & semangat sepanjang pengajian. Sebenarnya bukan hanya belajar sambil bekerja..
Tapi Belajar sambil bekerja sambil bekeluarga sambil bermarathon sambil naik gunung & sambil menyanyi ba tu. Memang agak sibuk & penat juga la, tapi atas sokongan suami ( yg hensem gilak) & family syukur lah dapat juga dibubut semuanya & swimming juga & berkayak & bercamping & berhiking & banyak lagi ok
2. DN diberi penghormatan menyanyikan sebuah lagu ( ANAK ) ketika sesi rehat dalam majlis konvokesyen tersebut. Khabarnya ada yang sebak dan tersentuh dengan nyanyian tersebut. boleh ceritakan sedikit tentang idea dan persiapan 'show' tu?
Kan?! Such beautiful song kan. Santik & beremosi lagu tu. Kisah anak & kasih diantara anak serta parents pastinya mengusik jiwa para hadirin & graduan yg ada di istiadat konvo UMS kemarin.
I'm surely honored & the fact that sifu UMS my husband yg conducted the orchestra making the occasion much more pleasing. Not forgetting my dearest mom yg turut hadir dimajlis tersebut dan sama2 tersentuh dgn persembahan itu, saya sungguh bertuah & bersyukur.
Actually the "show" was a sweet surprise arranged by my hubby with some help from his UMS Music Program lecturers. Saya tak tahu menahu sehingga 2 hari sebelum Konvo sewaktu diminta hadir untuk orchestra rehearsal.
Music arrangement untuk orchestra sudah mula dibikin sejak September lagi & orchestra dah mula practice lagu tersebut bermula awal Nov. Rasanya it is a " julung2 " kali kind of thing & it was such a lovely surprise .Anyway, again I'm really honored
3. Apa perancangan aktiviti seni DN selepas ini?
Probably releasing a brand new single la kali kn. I'm not sure really. Hasrat untuk terus bekarya dan meneruskan pengajian memang ada tapi I'm currently "over the moon" pasal kejayaan diberi anugerah Pelajar Terbaik Program dan sedang hepi merayakan dulu buat masa ni.
Btw, sebenarnya sekarang pun sedang sibuk merakamkan beberapa buah lagu untuk pihak2 koperat dah pertubuhan yg menempah/ membeli lagu promo serta anthem dari Produksi kami. So bisnes still on , alive and kickin' !!
4. Arena hiburan Sabah, ada yang mendakwa ' hidup segan, mati tak mahu' apa komen DN?
Arena hiburan di Sabah ok juga la. Masih boleh dimantapkan lagi. Para artis perlu karya yg lebih kreatif serta tingkatkan kualiti.
Pihak kerajaan ( RTM, JKKN, LKS, Sabah Tourism, UMS & lain2 ) juga harapnya dapat terus terusan & tambahkan memberi lebih lagi peluang kepada artis2 Sabah, suntikan bantuan dana kepada produksi serta pengkarya & kursus2 yg berkaitan bagi membantu menaikkan kualiti kerja kreatif warga hiburan di Sabah.
5. Bagi DN, apa yang boleh dilakukan untuk menaikkan nama arena hiburan di Sabah?
1. Tingkatkan pemahaman tentang royalty mekanikal & royalti persembahan ( hakcipta ) kepada para karyawan.
2. Tingkatkan kesedaran tentang hakcipta (harta intelek) kepada masyarakat terutamanya warga peniaga. Pusat2 karaoke di Sabah mungkin perlu ditingkatkan akan kesedaran ini dan mula menguruskan hal2 lesen MACP, PPM, RPM dan sebagainya ( pada yg belum lah)
3. Kerjasama semua pihak & tingkatkan kualiti serta nilai komersil karya kreatif.
4. Ksedaran pihak2 yg terbabit untuk memberi penghargaan yg sesuai (appropriate) kepada Karyawan di Sabah dari segi pengiktirafan & juga kadar bayaran
5. Sokongan pihak kerajaan. Dari segi penghargaan, peluang, dana & sumbangan latihan.
![]() |
DN bersama suami dan Ibu Tersayang |
Antara gambar aksi DN ketika mendendangkan lagu ANAK
![]() |
![]() |
Pose istimewa DN, suami dan anak-anak sempena meraikan DN yang tamat dengan cemerlang pengajian beliau di UMS
|
Catat Ulasan