Ronn Langad
|
Ronn Langad mula dikenali oleh peminat muzik tempatan melalui lagu Esther , Kasih Sayangku dan beberapa lagu lain. Selepas itu muncul sebagai hero dalam telefilem GKGN arahan P. Dick Ganai.
Ronn Langad yang merupakan graduan Perfileman dari UTM kini bertugas sebagai anggota pasukan keselamatan namun masih bergiat di dalam seni secara sambilan.
Ikuti perbualan whatsapp Gingkita dan Ronn Langad:
1. Apa perkembangan terkini dunia seni Ronn?
Sejak kebelakangan ini aktiviti seni saya agak perlahan kerana ada komitmen lain, untuk mengisi masa hanya ikut pertandingan Battle Of The Band di mana-mana tempat yang ada bersama "The Head Hunters Band" dan kadang-kadang juga memenuhi undangan menyanyi. Bagaimanapun, pada tahun hadapan saya akan mengeluarkan album MTV Karaoke Vol. 2 dijangka sebelum bulan Mei 2017.
2. Kebelakangan ini sering beri ceramah kepada murid sekolah pasal penyalahgunaan dadah dan bahaya jenayah, bagi Ronn apa faktor yang mendorong murid-murid terdedah kepada jenayah ?
Banyak faktor yg mendorong golongan pelajar terdedah dan terjebak dengan jenayah sebenarnya. Antara faktor utama adalah terlibat dengan penyalahgunaan dadah berikutan terpengaruh rakan sebaya dan sikap ingin mencuba atau ingin menonjol di kalangan kawan. dalam hal ini, ibubapa (dan semua pihak) sngat berperanan penting dalam memantau kegiatan anak-anak agar tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran. tambahan lagi pada masa kini gajet-gajet canggih begitu banyak dan internet sangat mudah di akses.
3. Artis sepenuh masa dan separuh masa, apa komen Ronn ?
Di Sabah ini, saya berpendapat aktiviti seni belum lagi mencapai tahap "Industri" yang mana sesiapa yang terlibat dalam dunia hiburan boleh "cari makan" dengan hanya buat show.
Kalau saya tengok, 90% artis Sabah mempunyai kerjaya lain untuk meneruskan hidup dan jadi artis separuh masa bergantung kepada keadaan.
4. Apa aktiviti atau perancangan seni yang akan dibuat dalam tempoh terdekat?
Sya dalam proses menyiapkan master mtv karaoke vol 2, dijangka akan berada di pasaran pada mei 2017 dan mudah-mudahan jika ada rezeki akan berlakon filem pada tahun 2017 yang mana tajuk filem tersebut belum dapat saya didedahkan
5. Latar belakang Pendidikan Ronn adalah bidang perfileman, siapa idola Ronn dalam perfileman dan kenapa?
Jika ditanya antara dunia seni suara dan filem/lakonan, saya lebih cenderung kepada bidang filem/lebih minat berlakon kerana saya dapat meluahkan perasaan dengan pelbagai cara /pembawaan yang berbeza-beza) kerana latar belakang akademik saya adalah dalam bidang perfileman, saya suka semua genre filem.
Jika dikira dari sejarah perfileman, P. Ramlee merupakan Idola saya, idea dalam filem-filem beliau melangkaui masa dan saya percaya ianya akan terus relevan dari sekarang dan pada masa akan datang (banyak idea beliau diadaptasi dalam filem-filem di Malaysia pada masa kini).
Pengarah-pengarah filem di Malaysia ini mempunyai golongan masing-masing dan ada kreativiti serta ideologi sendiri tapi kebanyakannya lebih kepada "comercial film".
Ronn adalah seorang pegawai polis |
Ronn Langad & The Head Hunter |
Catat Ulasan