rozza
Bagi peminat dunia dan majalah hiburan dalam tahun 90an pasti mengenali Rozza Rothman, antara artis Sabah yang awal menjejakkan kaki di KL sebagai penyanyi. Masa tu program realiti belum ada, kalau ada pun tidaklah serancak tahun-tahun kebelakangan ini. Terkini Rozza Rothman bertugas di Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah di samping membantu perniagaan ayahnya Rothman Batik di Tuaran. Kepada artis baru, rugi kalau tidak minta pendapat daripada Rozza jika ada kemusykilan tentang perancangan anda menjadi artis. Krew GK pernah berkerja dengan Rozza dalam beberapa projek kecil-kecilan, ternyata Rozza ni memang tegas orangnya, professional dan sangat sensitif dengan masa. Apapun ikuti perbualan whatsapp GK dengan Rozza.

1. Apa perkembangan terkini Rozza ? masih memenuhi jemputan menyanyi? Ya, Saya masih menerima jemputan membuat persembahan untuk majlis-majlis korporat.

2. Di Gegarvaganza ramai rakan artis seangkatan anda beraksi semasa Rozza masih bergiat di KL , tidak ka terfikir untuk join? Pernah terdetik dihati tetapi nampaknya "Seru belum sampai"

3. Apa kekangan dan masalah industri hiburan di Sabah yang Rozza anda nampak? Perjalanan arena ini untuk bertukar menjadi sebuah "industri" masih jauh. Sabah kekurangan syarikat rakaman besar dan syarikat pengedar berkaliber utk membantu ke arah pencapaian itu. Untuk menjadi sebuah industri, kita perlu ramai A&R bertauliah yg berkebolehan me-recruit dan overseeing pembangunan recording artis dan komposers.

4. Bagaimana jualan album? apa ulasan Rozza tentang perniagaan jualan cd atau vcd karaoke?memberangsangkan? Macam yang saya katakan tadi, kita kekurangan syarikat rakaman dan syarikat pengedar. Kebanyakkan artis boleh dikatakan bergerak secara underground dan indipendent. Mereka rakam-edar-jual CD sendiri. Hantar sendiri CD ke radio untuk promo, semuanya sendiri. Inilah keterbatasan yang paling ketara.

5. Apa lagi perancangan anda dalam bidang hiburan ? Tahun ini (2016) penglibatan saya dalam bidang seni telah menginjak usia Jubli Perak. Saya sebenarnya menyimpan impian menghasilkan sebuah karya sempenanya. Namun kekangan masa akibat pelbagai tanggungjawab yang dipikul membatasi usaha saya dalam pencarian material. Sekiranya ada rezeki, itu matlamat saya. Bukan untuk mencari untung daripadanya tetapi sebagai hadiah kepada umum dan menjadi koleksi peribadi untuk ingatan sepanjang hayat. Kini saya lebih giat di belakang tabir. Peranan saya lebih kepada inovasi, pencetus dan merancang dasar dan pembangunan sesebuah komuniti seni dengan pengiktirafan, bantuan dan sokongan kerajaan. Sekiranya khidmat atau kepakaran saya masih diperlukan, saya sedia berkerjasama.


KOLEKSI KERATAN AKHBAR / MAJALAH TENTANG ROZZA SUATU KETIKA DAHULU












ROZZA BERSAMA RAKAN ARTIS KETIKA MASIH BERGIAT DI KUALA LUMPUR





Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.