Adex atau Guadik Ansiw mungkin suatu nama yang asing bagi sesetengah peminat muzik tempatan tapi jangan tiaktau aa, Adex ni sudah mnghasilkan 3 albom solo semenjak 2006  dan 2 album kompilasi juga sudah menerbitkan 10 album artis lain dibawah label syarikatnya iaitu GA Music Borneo Entertainment (Gambe). Album solo Adex menampilkan lagu-lagu Dusun Tatana dan juga beberapa lagu melayu bagi memenuhi selera pendengar dan peminat muzik tempatan. Gingkita telah beberapa kali berbrainstorming dengan Adex secara inda formal membincang pemasaran album artis Sabah dan juga unity yang harus wujud dalam kalangan artis Sabah walaupun berbeza genre dan syarikat rakaman. Memang kalau berbincang pasal masa depan industri hiburan Sabah Adex agak Vokal sikit la, almaklum Adex ni kebetulan merupakan lulusan Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia. Ikuti beberapa perbualan dengan Adex yang sempat Gingkita catatkan.
1. Dengar-dengar Adex memasarkan sendiri album. cara apa yg digunakan? ya, saya guna dua pendekatan iaitu secara Online dan juga secara offline. Saya Membangunkan website www.gambestore.com untuk pasaran online bagi produk sendiri dan bantu artis lain sambil gunakan media sosial fb, instagram fan tweeter untuk luaskan pasaran online. Saya juga gunakan kaedah jualan terus direct to customer di tempat tumpuan awam seperti  tamu, pasar malam dan pesta2 dan percaya atau tidak saya sangat seronok dengan pendekatan bertemu terus dengan peminat dan penyokong muzik tempatan.

 
2. Radio tempatan ni bah, adakah membantu artis Sabah mempromosikan album ko rasa ? ya, setuju sangat membantu ni dorang. radio memainkan peranan penting dalam mempromo lagu-lagu artis tempatan ini terbukti sebab pembeli saya mengenali lagu saya melalui radio seperti sabah FM, kkfm, suriaFm (dulu) dan terbaru stesen kupi-kupifm...


3. Kalau diberi peluang berucap selama 30 minit di DUN untuk brief jemaah menteri pasal industri hiburan Sabah, apakah antara isu yang akan Adex terangkan? Owhh saya dan rakan lain sangat menantikan peluang ini tapi tidak tau bila. Jika berpeluang saya akan kasi tau bahawa 1. Muzik tempatan perlu perhatian dan bantuan sewajarnya dari kementerian. Untuk majukan industri muzik tempatan yang sudah melebihi 40 tahun ni seharusnya perkembangannya sudah jauh kehadapan brrbanding sekarang...limitasi kemudahan dan perhatian membantutkan perkembangan industri ini dan hanya menyumbang sedikit dri segi pkbng ekonomi. 2. Muzik perlu dijadikan produk pelancongan kerana ia menceritakan tentang keunikan negeri ini. Ia membantu menjana ekonomi para artis dan ,membantu industri pelancongan Sabah. 3. Berikan lebih banyak peluang dan kemudahan dalam perkembangan muzik tempatan kerana ia sebahagiannya boleh dijadikan bahan akademik, kesenian dan budaya orang-orang Sabah. Ia adalah idntiti tersendiri negeri ini yg mungkin tiada di negeri lain.

4. Ok, lagu Dusun Tatana, adakah diterima oleh orang-orang kadazan dan dusun? ya, kini sudah boleh diterima oleh semua kadus  berdasarkan penerimaan terhadap album dan lagu-lagu saya. Perjuangan selama 10 tahun dalam membawa keluar Lagu2 dasun Tatana akhirnya menempatkan lagu2 dusun Tatana bukan asing di telinga pendengar terutama lagu2 tatana. Untuk rekod,  saya merupakan penyanyi yang paling banyak membawa lagu berbahasa dusun Tatana dipasaran iaitu melebih 20 buah lagu. Antara lagu-lagu yang dikenali dan hits ialah Saau Jambatan, Surapit, Janda Muda Beranak Satu dan yang terbaru Noduanan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.