Alvin MY terkini dikenal umum sebagai pengacara majlis, pengacara tv, penyanyi dan yang paling penting alvin adalah pelari. kebelakangan ini Alvin sering berkongsi tentang 'minimalist' disamping mula aktif berniaga selepas berehat dari tugasan sebagai penyampai radio. bagaimanapun Alvin masih menerima tugasan mengacara rancangan TV dan pengacara sebarang jenis majlis. ikuti perbualan Whatsapp antara Gingkita dan Alvin My tentang obsesi terbarunya. Minimalist !
1. Minimalist ?, cerita sikit . Ini
adalah cara hidup saya sekarang. Less is more, less is enough. Melepaskan apa
yang tidak perlu, untuk memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang penting.
Berbelanja dengan sangat berhemah dan tidak berlebih-lebihan. Barang-barang di
rumah pun hanya yang perlu, praktikal dan berguna. Alhamdulillah sejak
mengenali minimalism hidup lebih teratur dan tenang sebab tidak banyak yang mau
diurus. Kalau mau tau lebih lanjut boleh layari fb page 'Terapi Minimalis'
2. Apa perkembangan seni sekarang? Fokus dalam bidang pengacaraan majlis dan tv. Namun muzik sentiasa di hati, bila tiba masa sesuai akan hasilkan lagu baru.
3. Macam mana mau kurus? Jaga pemakanan dan bersenam. Disiplin dan konsisten. Pilih sukan yang digemari. Kalau betul2 ingin berjaya perlu belajar pasal pengambilan makanan yang betul dan fahami badan sendiri. Cari saja saya di fb, boleh cerita2 pasal ni. InsyaAllah saya bantu. Saya dan isteri pernah bantu beberapa kenalan untuk dapatkan saiz badan idaman.
4. Apa lagi yang alvin ingin lakukan dalam bidang
seni? Saya hanya ingin terus
berkarya selagi mampu tidak kira dalam apa jua bidang seni.
5. Kalau ada artis baru datang minta
nasihat, apa perkara yang alvin akan nasihatkan ? Sekiranya anda
benar-benar percaya dengan bakat dan kebolehan anda, belajar cara marketing.
Zaman sekarang kita boleh market diri sendiri, terutamanya online marketing.
Buat masa ini saya sedang tumpukan perhatian dalam bidang perniagaan, banyak
yang saya pelajari dalam masa yang singkat. InsyaAllah ilmu ini juga boleh dipraktikkan
dalam dunia seni. Bila tiba masanya, saya akan kembali dengan produk seni baru.
Sekali lagi saya offer, cari saya, kita jumpa sambil kupi2, insyaAllah saya
kongsi apa yang saya tahu, dan saya boleh belajar sesuatu daripada anda juga.
Catat Ulasan