Pertengahan Oktober lalu tiba-tiba viral di whatsapp, kononnya Enn Xaviera menyertai satu pertubuhan politik. Penghujung Oktober pula tiba-tiba buat status di FB mengatakan sudah tidak lagi bersiaran di KKFM. apa cerita?
1. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba berhenti
jadi penyampai radio. kenapa? Kontrak saya berakhir pada bulan
November & saya membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada
perkara-perkara lain dalam hidup saya. Bisnes misalnya & juga tawaran
berlakon & mengacara yang datang menyebabkan saya ingin tumpukan perhatian
pada bidang ini pula. Saya bukan 'berhenti' menjadi penyampai radio . saya
kira perkataan 'berehat' lebih sesuai digunakan .In Shaa Allah satu hari nanti saya akan kembali ke udara.
2. Dengar-dengar
cerita, sudah masuk politik. betul ka? & mungkin boleh kongsi sikit
falsafah hidup Enn? Ha...ha...ha... Cerita masuk politik itu adalah
khabar angin semata-mata. Saya tidak berminat pada politik dan tidak mungkin
menceburkan diri dalam bidang politik. Minat saya lebih kepada bidang hiburan
& pengurusan acara.Kalau ditakdirkan jadi politician, saya kira itu satu
perkara yang saya tidak pernah rancang sebab saya tidak pernah memikirkan saya
jadi ahli politik.Tidak sesuai! .... Falsafah hidup ? owh,.. saya simple .
Jangan buat jahat pada orang dalam apa juga yang kita lakukan. Saya percaya pada
'what goes around,comes around'. Saya pasti rezeki ada di mana-mana. Bumi Allah
ni luas.
3. Dengar
cerita, sedang mengusahakan perniagaan sendiri. cua ceta sikit... Iya
saya mula berjinak-jinak dengan dunia business sejak setahun yang lalu.Saya
melihat sebagai anak muda,kita perlu berani mengambil risiko & sentiasa
cuba perkara yang baharu. Tambahan pula sekarang dalam dunia yang penuh
persaingan,kita dituntut untuk menjadi individu yang efisien. Syarikat saya
adalah pengedar tunggal untuk produk Kain pelikat Gajah Duduk kreasi Indonesia
di Negeri Sabah yang juga merupakan produk superbrands
di sana. Selepas melihat pattern2
kain pelikat dan potensinya di pasaran, timbul idea utk menghasilkan rekaan
pakaian dengan material kain ini di bawah label ENVY by Enn Xaviera. Alhamdulillah,
rekaan saya mula diterima masyarakat kerana designnha yang cukup unik.Saya
utamakan keselesaan,gaya urban pada kain pelikat & ekslusifnya rekaan ini
kerana ia cuma dihasilkan 10 sahaja bagi setiap pattern dengan corak yang
berbeza.Tiada yang sama,pemakainya pasti eksklusif sebab cuma seorang saja yang
memakai pakaian seumpamanya di dunia
4. Bayaran kerja-kerja artis atau pengacara di
Sabah sikit betul. Apa komen Enn? Hmmm... Kalau ikut pendapat
saya ; isu bayaran sikit betul pada pengacara & MC itu bergantung
pada keadaan. Ada event yang memang memberikan sedikit bayaran pada MC ; ada
pula yang memberikan kadar bayaran tinggi. Pada saya, rates pengacara bergantung pada pengalamannya dalam mengendalikan
acara. Semakin tinggi profilnya, semakin besar bayarannya tapi dalam masa yang
sama, pengacara nda boleh demand
sangat. Pada saya, having fun sewaktu
mengacara itu lebih penting! Penganjur dalam masa yang sama juga nda
boleh ambil kesempatan ; bayar emcee
sesuai dengan pengalamannya. Baru ngam!
5. Kalau
diminta kasi ceramah depan murid-sekolah tentang cinta, apa agaknya yang akan
Enn sampaikan ? hah? Emm.. saya pasti bagitau diorang "jangan bercinta
waktu masih sekolah!" . tumpukan perhatian pada pelajaran, enjoy moment sepanjang persekolahan
kerana satu masa nanti pasti kita akan rindu dengan zaman persekolahan. Kita
punya masa seumur hidup untuk bercinta ; tapi untuk menuntut ilmu perlu bermula
dari bawah. Dengan ilmu itulah yang akan memandu kita dalam hidup akan
datang.lagi satu,kisah cinta saya bukan untuk dikongsikan ; cukup untuk diri
sendiri dan bakal suami ahakss...
Catat Ulasan