Marlin Malalin, bukan nama baru dalam industri penerbitan drama / filem di Sabah, bagaimanapun ada yang mungkin belum berapa mengenali beliau. bagi Marlin biarlah dia dikenal melalui lakonan dan skrip yang beliau hasilkan. Ikuti cetusan jawapan beliau kepada soalan-soalan yang ditanyakan oleh GK baru-baru ini

1.  Bagaimana Marlin bermula sebagai aktor? Sejak kecil saya sudah terdedah menonton filem-filem besar seperti Lion Of The Dessert, The Mission, Godfather, Semerah Padi dan banyak lagi.  Saya sudah tonton masa kanak-kanak lagi walaupun ketika itu tidak pandai membaca filem tapi cukup terhibur menontonnya saja. Itu memberi pengaruh kepada pemikiran saya untuk jadi aktor. Saya mula brlakon di hadapan  camera pada tahun 2006 menerusi video gimik pelancaran rakan cop Tawau dan Semporna dengan peranan sebagai lanun yang menculik pelancong di Semporna dan merompak penumpang feri dari indonesia, Itulah kali pertama saya berlakon di depan kamera. 2008 berpeluang berlakon di bawah arahan Abu Bakar Ellah berjudul PERCINTAAN TANPA IZIN dan muncul 4 scene sahaja. Pada tahun yang sama saya brlakon lagi dalam dvd telemovie BUJANG 2ND HAND arahan Ramli Carlo sebagai antagonis utama. 2009 buat kali pertama saya brlakon drama tv menerusi DRAMA BERSIRI MADAI MENANTI siaran rtm tv2 arahan Malek Rahman dan skrip Zabidi Mohamad. Producernya adalah Norsahar Ahmad. Dipendekkan cerita, alhamdulillah saya terus dapat tawaran berlakon sehingga hari ini dan kebanyakannya peranan antagonist. Saya juga sudah berpeluang acting dengan pelakon-pelakon ternama seperti Adi Putra, Nabila Huda, Soffi Jikan dan Allahyarham Harun Salim Bachik.

2. Orang Sabah sendiri tidak support pelakon dan karya sabahan ? betulkah?  Saya tidak setuju.  Orang Sabah memang support pelakon dan karya dan Sabahan cuma mereka menuntut kita menjadi aktor yang berwibawa. Bukan semata mata imej fizikal tapi persembahan kita dalam filem atau drama tv. Mereka mahu kita ada high standard. Untuk mencapainya, pelakon harus kerja keras, disiplin dan ada  profesionalisme. Jangan lupa Ilmu juga penting

3. Selain berlakon anda juga giat buat kerja belakang tabir? ceritakan sedikit pengalaman anda Alhamdulillah saya menulis penulis, mengarah dan menjadi producer. Produk saya buat masa ini ialah untuk siaran rtm. Skrip terkini saya ialah Malim Gunung untuk siaran rtm tv1, arahan Abu Bakar Ellah dan juga skrip film berjudul Kapayas Manah yang dijangka akan menjalani penggambaran awal tahun depan di Kota Belud yang akan diarahkan dan diterbitkan oleh Dato Jurey Rosli

4. Anda sekarang dengar cerita sedang sooting filem Tangisan Akinabalu. Dibebani watak bernama Ginsuan. Siapa Ginsuan dan apa interpretasi anda kepada watak ini ? Ya Sekarang ni saya sedang shooting filem Tangisan Akinabalu. Filem ini adalah inspirasi dari tragedi gempa bumi yang melanda Sabah tahun lalu. Saya memainkan watak sebagai Ginsuan. Ginsuan ini sebenarnya nama atuk saya sebelah bapa, saya tidak berpeluang mengenali beliau kerana allahyarham meninggal dunia ketika bapa saya masih kecil. Saya request kepada script writter Yus Waisar agar guna nama atuk saya untuk watak saya dalam filem ini. Ginsuan, berat dan mencabar. Dia Malim Gunung handal yang jarang bercakap. Dia punya sixth sense yang agak pelik dan selalu ‘melihat’ gunung kinabalu akan runtuh. Kerana sixth sense itu telah menyebabkan kematian sahabat baiknya yang juga malim gunung semasa mereka berada di puncak Kinabalu. Tragedi itu menyebabkan Ginsuan menjadi gila kerana tidak dapat memaafkn dirinya sndiri. Huh sangat mencabar, Ia menuntut permainan dalaman, jiwa dan pemikiran harus disampaikn dengan method yang betul. Seperkara, ia memberi peluang kepada saya mempelajari ilmu baru dalam lakonan dan juga acting for camera. Saya sangat mnghargai watak ini, Ini profile baru bagi saya.


Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.