Awang
Karim Kadir atau A. Karim Kadir, adalah sebuah nama yang cukup sinonim dalam
kegiatan kesusasteraan dan kesenian budaya di negeri Sabah. Ketrampilannya
sebagai dramatis, penulis puisi, cerpen dan teater telah menyerlahkan namanya
sebagai seniman. Mula terlibat sebagai
penulis sejak tahun 1985 walau pun sudah menjadi pemain teater sejak 1979.
Karyanya berupa puisi dan cerpen
termuat dalam beberapa antologi seperti Bintang di langit lain,
Fenomena, Mercu II, Resam, Luka Bosnia dan Peta Seniman. Cerpennya yang
berjodol Akinabahu, Atod-Atod, Bellang, Em'bo, Ng'Kafak dan Binatang 14
Lalavang pernah memenangi Hadiah Sastera Sabah dan Hadiah MayBank DBP. Karya
cerpennya juga banyak disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera, Mastika, Berita
Minggu, Daily Ekspress dan Sabah Times yang
antaranya; Pelaut Tua, Orang Pulau, Demi Kasih, Kuriding dan Gadis Di
Jendela dan Dia Yang dilupakan. Kegiatan
lain yang juga mempunyai signifikan terhadap dunia seni yang cukup diunggulinya
adalah sebagai pelakon dan pengarahan teater. Drama Tangga, Anugerah, Wira
Bukit, Malam Yang ke Seratus, Korporat, Ajjung Bahatla, Paduka Potret
Perjuangan(Teater Perdana) Gambus Maulana Ibnu Rahman, merupakan sebahagian
daripada persembahan teater yang beliau pernah terlibat sebagai pelakon dan
pengarah. 30 Oktober 2016 lalu beliau
dan anak-anak buah selesai mementaskan teater SUPIRAK – LEGENDA BATU BAHTERA. Ikuti
perbualan ringkas GINGKITA dengan beliau.
Tahniah Supirak
sudah berjaya dipentaskan. Saya menilainya sebagai persembahan yang sarat
dengan mesej politik. Tuan setuju ? Supirak lahir selepas Gambus Maulana Ibnu Rahman yang pernah
saya pentaskan di IPG Gaya ( Maktab Gaya ) UMS dan Dewan Sandakan ketika program
Apresiasi Teater anjuran DBP Sabah 10 tahun yang lalu. Sebuah
karya kreatif yang baik seperti berlian yang boleh menempiaskan pelbagai warna
dan rupa. Supirak sebuah karya yang diangkat dari cerita legenda tentang
bahtera dan pelayaran nakhoda. Melihat dari sudut pandangan politik semuanya
boleh saja menjadi simbol yang pergolakan politik semasa.
Dari sudut pandangan lain ? bagaimana ? Dari sudut pandangan yang lain SUPIRAK adalah sebuah artifak tentang tamaddun manusia
Terlalu mendalam
tuan, Boleh kita cerita tentang dari mana tuan bermula sebagai penggiat teater
penulis dan sebagainya? Begini,saya lahir ditengah ruang teater dan anda tahu
teater adalah kehidupan. Ada ritualismenya. Semasa kecil dulu, ketika ada
upacara pengubatan tradisional, ayah saya selalu menjadi raja baliannya
sementara ibu dan makcik-makcik saya menjadi pemain muzik kulintangan,gendang
dan gongnya. Sehingga nama si Awang Awang pilihan menjadi para jin yang
menjadi gimbaran arwah ayah saya.
Sepanjang berteater,
tuan rasa mana satu karya tuan yang cukup mengesankan? Ajjung Bahatla @
Ajung Bahtera. Ia merupakan drama yg mengangkat nama ke persada teater
Malaysia apa bila dinobatkan sebagai juara dalam festival teater kemanusiaan KL
tahun 1998 dahulu. Ajjung Bahatla juga telah memnberikan award kepada
saya dalam kategori Penulis skrip Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Props Set
Terbaik dan Pengarah Terbaik. Alhamdulilah
Sudah berapa banyak karya teater tuan hasilkan? Kalau kuantitinya memang tidak banyak ada dalam 10 naskah sepanjang bergiat dalam bidang teater hampir 30 tahun yang lalu dan termuat dalam 2 Kumpulan Drama Perseorangan iaitu ; Aki – Cerita Sebuah Gunung dan Gambus Maulana ibnu Rahman.
Biasanya proses
kreatif tuan bagaimana? Setiap orang yang punya ambisi yang tinggi akan selalu mencari
cabaran kreativiti untuk melahirkan satu karya agung yang akan menjadi ikon
bagi dirinya. Suatu yang dinamakan masterpiece sebagai kemuncak penghasilan
kreativitinya. Dalam bidang penulisan saya selalu membayangkan sebuah
karya berupa skrip filem atau sebuah novel yang akan difilemkan yang mempunyai
nilai estetika yg tinggi dan signifikan terhadap tamadun bangsa dengan
persoalan yang berifat sejagat.
Bagaimana tuan
menggarap karya tuan ? Unsur-unsur budaya dan cerita legenda menjadi simbol
perlambangan yang cukup menarik bagi saya dan kecenderungan ini sudah lama
menjadi imej dalam setiap karya saya dalam genre drama mahu pun cerpen dan
puisi yg sangat saya senangi.
Tuan tentu ada tokoh seniman yang tuan percayai dan kagumi ? Akutagawa dan Yokio Mishima dua seniman negara matahari yang saya sangat kagumi. Begitu juga W.S Rendra dan Putu Wijaya penyair dan seniman nusantara dari Indonesia yg sangat berpengaruh kepada saya. SN A. Samad Said dan T. Alias Taib di Malaysia yang menggugah jiwa saya oleh keunikan kehidupan dan karyanya.
Lain-Lain ? Tetapi puisi Cina
Klasiklah yang sebahagiannya telah membentuk naluri puisi-puisi lirikal saya
sesekali dalam satu masa. Hampir semua aspek bidang seni saya pernah
terlibat secara spontan dan azali. Hanya bidang seni halus dan pembuatan arca yang
belum saya cuba tekuni, berbanding seni tari dan bidang musik yang saya juga
perlibatkan diri,dan tentulah bidang seni suara yang menjadi kegemaran utama
pada setiapkali punya kesenggangan masa.
Hobi tuan ? hobi paling utama adalah berhening diri, atau bersama para isteri dan sang kekasih, di kamar sepi..ha..ha... saya bergurau
Ada apa-apa yang
ingin tuan perkatakan tentang teater lagi ? ya banyak sebenarnya tapi biar saya
sentuh tentang masalah dan hambatan kegiatan penghasilan produksi teater sahaja.
Di Sabah apabila setiap pementasan yang memerlukan pembiayaan kewangan sering
tidak mendapat tajaan mahupun bantuan daripada intituasi mahupun badan korporat
sedangkan sebuah pruduksi teater memerlukan dana untuk membuat persiapan sekurang
kurangnya 20k bagi teater. Kita harap ada badan korporat yang akan melihat hal
ini dan membantu penggiat teater menjayakan pementasan.
Ada
apa-apa yang ingin tuan perkatakan tentang teater lagi ? ya banyak sebenarnya tapi biar saya sentuh tentang masalah
dan hambatan kegiatan penghasilan produksi teater sahaja. Di Sabah apabila
setiap pementasan yang memerlukan pembiayaan kewangan sering tidak mendapat
tajaan mahupun bantuan daripada mana-mana intituasi mahupun badan korporat sedangkan
sebuah produksi teater memerlukan dana untuk membuat persiapan sekurang
kurangnya 20k bagi . ini keluhan lama saya dan kita akan ada nanti badan korporat yang akan melihat hal
ini dan membantu penggiat teater menjayakan pementasan. saya tidak dapat memberitahu apa pulangannya kepada sang penaja dan lebih baik kita bersama-sama fikirkanlah.
SUPIRAK - LEGENDA BATU BAHTERA
karya terbaru awang karim dipentaskan di Dewan Tun Mustapha Kudat 30 Oktober 2016 lalu
Catat Ulasan