MEMBUSKING, BEBUSKING TIDA BOLE BUAT SUKA-SUKA SUDA
Penonton hiburan jalanan seperti aktiviti busking mungkin tahu, busking bukan sekadar persembahan nyanyi-nyanyi, bukan juga untuk show off, busking itu satu jeritan, letusan naluri seni manusia seniman yang cuba mengekspresikan motif dalaman yang kita tidak tahu. 

Buskers ada yang buka tong ada yang tidak itu pun buka tong untuk beli tali gitar baru saja bukan untuk sara hidup dan seumpamanya. Yang buka tong tu kita support la kan. 

GK dapat tau kegiatan bebasking atau membasking bilang urang kita ( busking ) atau mudahnya menghibur orang awam di tempat awam, di bus stop, di airport, di subway (kalau ada subway nanti) melalui nyanyian dan alat-alat muzik mudah alih ni sekarang sudah tidak dapat dibuat suka-suka. tup tup sudah dilesenkan di bawah Ordinan Hiburan Awam 1958.

Pendek kata kalau dibuat di dalam kawasan Bandaraya KK, kenalah menDBKK dulu baru boleh kalau tidak, hemsemboy baju seragam biru bole minta anda berhenti serta merta.

Premis atau institusi yang kasi kebenaran seniman / artis bebasking pun khabarnya tidak terlepas juga dan kena dapatkan lesen. Jadi nampaknya buskers yang bebasking sekitar KK dan belum menDBKK. silalah. inda bagus juga tu hati kabak-kabak sambil bebasking sebab belum dapat kebenaran. 

Apapun GK harap DBKK dapat kasi kebenaran bersyarat atau SURAT KEBENARAN KHAS lah sahaja kepada program busking amal untuk kebajikan atau derma jika ada artis, kumpulan atau pemuzik yang mau bikin acara tu sebab bukan juga hari-hari mau bebaskingkan.

 GK – bebasking untuk bikin kupi-kupi

Busking bukan sekadar persembahan nyanyi-nyanyi, bukan juga untuk show off, busking itu satu jeritan, letusan naluri seni manusia seniman yang cuba mengekspresikan motif dalaman yang kita tidak tahu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.