GK dua hari lepas
berpeluang bertemu dengan Bro Langau dua hari lepas, sembang pasal ‘dunia’
entertainment Sabah khususnya yang melibatkan band band Sabah tidak kira apa
juga aliran. Bro Langau pemilik OnlineFM ni sempat ber’forum’ dan GK sangat
rasa terisi. Berikut dikongsikan perbualan GK dan Bro langau
1. Apa perkembangan terakhir dan terkini
onlineFM ? Perkembangan onlinefm sekarang, masih cuba bertahan dengan
objektif penubuhannya. Masih cuba mencari peluang dan medium utk memberitahu
masyarakat akan keujudan pemuzik2 baru dan berbakat. Antara program yang kami
anggap dapat perhatian adalah BAZZAR MUSIC FEST atau di kenali dgn nama BMF.
acara yg dianjurkan 2x setahun iaitu bulan mac dan sept.
2. Anda terlihat begitu komited dengan acara
(event) untuk band underground. kenapa? Komited adalah perkataan
kurang tepat untuk penglibatan onlinefm dalam dunia underground di Sabah khususnya.
Ia tentang komitmen sepertimana objektif onlinefm itu sendiri iaitu ingin
membantu band lokal tanpa sebarang prejudis. Tidak mengira genre dan irama.
Tidak memandang had umur dan usia sesebuah band. Onlinefm pernah mengeluarkan
artikel berkaitan sebuah band, band underground yang dianggotai oleh 3 remaja
berusia 15 tahun. Kami tidak mengenali mereka pada mulanya, editor kami bertemu
dan menulis cerita tentang mereka. Akibatnya band tersebut mula mendapat slot
show di gig dan event lokal. Apa yang cuba kami simpulkan adalah keperluan
movement atau NGO yang menolak dan menyokong pemuzik-pemuzik di Sabah sama ada
underground atau universal atau kita panggil mainstream adalah sangat
dibuntuhkan. Sambung semula band tadi, mereka adalah pelajar muzik yang
mempunyai bakat yang tinggi. Bayangkan jika tiada sesiapa yang menolak mereka
naik, akhirnya bakat dan seni mereka mati begitu saja. Kesimpulannya, aktif
menyokong band underground khususnya kerana root atau tunjang utama
pemuzik-pemuzik atau band ternama di dunia bermula di dunia underground. Mereka
bermain di jalanan, garaj atau parking lot. Pada pendapat kami, seni yang
paling indah bermula dari dunia underground. Seni mereka ikhlas dan penuh
melankolik.
3. Apa
5 perkara penting yang patut orang tahu pasal dunia band undergroud?
(1) Seni mereka ikhlas (2) Menanggung
segala perbelanjaan dari jamming hingga rekoding (3) Setia kawan
dikalangan band sangat utuh (4) Mereka tidak dibayar untuk membuat
persembahan (kebanyakan masa) (5) Mereka sering menjadi mangsa tomahan
masyarakat (biasanya berkaitan genre musik)
4. Stesen radio, adakah mereka menyokong band
band Sabah?
Tidak dinafikan radio
lokal ada menyokong sebilangan band yang berlabelkan underground band, kita
faham stesen radio juga terikat dengan undang-undang negara apabila tidak mampu
memutarkan lagu sebilangan band disebabkan oleh genre dan lirik. Kita kena akur
stesen radio bukanlah tempat untuk band underground mempamerkan seni. Kita ada
banyak medium dan kita nampak peningkatan pemuzik underground di Sabah. Kita
ada berapa band dimana kualiti atau seni mereka bertaraf antarabangsa. Ya, kita
memilikinya.
5. Jika anda berpeluang untuk bercakap tentang
industri hiburan di Sabah, apakah 3 hal yang akan anda suarakan? (1) Mental Set - Penerimaan genre
sesebuah band di Sabah masih sangat mengecewakan. Masyarakat menilai norma
kehidupan anggota pemuzik dalam sesebuah band melalui genre muzik mereka. Kita
ambil contoh sebuah band yang berkonsepkan punk
atau streetpunk dengan t-shirt hitam
dan jeans ketat serta boots. Rasanya apa masyarakat kita akan
label orang itu? Kita ada sebuah band punk
dan salah seorang lineup mereka
adalah seorang ustaz. Tapi inilah mind set yang masyarakat kita ada sekarang.
Maaf jika ini keterlaluan, tapi pemikiran dan penilaian masyarakat kita
terhadap dunia hiburan terutamanya dunia muzik underground masih di takuk lama.
(2) Penyokong/scenster - Penyokong
atau scenster dan selalu kita sebut supporter merupakan pendukung utama
sesebuah scene dlm apa juga movement sekalipun. Kita lihat di Kota Kinabalu
khususnya berbanding 10 tahun lepas memang berkurangan, jika kita
berangan-angan untuk memajukan industri hiburan tanpa penyokong adalah sekadar
angan-angan kosong. Konsepnya sangat mudah, industri ini perlukan penyokong
atau supporter. Bagaimana pula kita menarik perhatian penyokong supaya
mengikuti dan menyokong industri? Maka dengan itu kena buat sesuatu yg lebih
menarik, lain drpd lain. Kita bukan bercakap pasal marketing strategi tapi kita
bercakap pasal kualiti produksi. Kita perlukan kualiti, kualiti inilah yang
perlu kita cari. Ia seperti kita membeli sepasang kasut, jenama yg sama, harga
yang hampir sama tapi kita pasti lebih tertarik dengan kualiti bahan yg
digunakan utk hasilkan kasut tersebut. Begitu juga industri ini, kita mohon
terutamanya band-band di Sabah agar terus berkarya dengan berkualiti.
Percayalah, industri ini akan lebih dihargai. (3) Penaja - Perkara ini merupakan kanser utama dalam industri
hiburan atau muzik di Sabah, kita tiada NGO atau individu yang sanggup melabur
dalam industri. Kita kena faham memulakan sebuah legasi memerlukan material dan
wang ringgit. Kita bukannya ingin menjadi money maker, tapi sudah tiba masanya
kita kena bersikap matang. Kita kena akur dan tunduk, tiada apa pun di dunia ini
diberikan secara percuma. Begitu juga memulakan langkah dalam industri ini.
Kita perlu penaja, ya kita sangat-sangat perlukan penaja. Kami di Onlinefm
sangat berbangga kerana selama kami bergiat dalam memberikan peluang kepada
seniman di Sabah tidak kira band underground atau universal, julung kalinya
kita mendapat tajaan khas daripada badan NGO untuk Indonesia Tour 2017 yang
kita jangka berlangsung pada tahun hadapan. Industri ini akan lebih
berwarna-warni sekiranya lebih ramai penaja tampil ke depan. Kita masih
berharap dan kita dengan lapang dada menunggu kelibat tersebut.
Catat Ulasan