Rojak dan Secawan Kopi Bersama Osman
Nasroh, Tokoh Teater Sabah ( 2001 Negeri ) Tokoh Teater ( 2012 Anugerah Rumpun
Seni Artis Sabah ) Siapa
‘bunuh’ teater di Sabah? “ mungkin ada orang akan cakap Osman Nasruh atau sekutu
Osman atau orang teater sendiri tapi untuk diri saya, saya menghabiskan usia saya
berteater mustahil saya tergamak melakukannya. Mungkin ada yang tahu siapa ‘pembunuhnya’,
‘pembunuhannya ’di mana, pisau yang
digunakan untuk ‘membunuh’ teater ditapuk
di mana. Jelas Osman Nasruh sambil menikmati rojak jawa di sebuah cafe dalam sekitar Sadong Jaya pagi tadi . “ Dikk..ada limau sama lada-lada kah?”
Osman barangkali mau berleter sambil menikmati rasa yang beliau inginkan dengan
adanya limau dan lada-lada. “ sambil melada dan melimau mee rojaknya, osman bercakap lagi “ sebenarnya orang-orang
teater pun satu hal, terlampau banyak sangat berteater, berkarakter maka
jadilah macam-macam kepada dunia teater “
“ Saya berteater
sejak tahun 1973, macam-macam sudah saya lalui. Hari ini hari keempat saya
berumur 60 tahun. Separuh dari usia saya adalah di dalam dunia teater “. Jelas Osman
sambil tangannya ligat memastikan kuah rojak dan mee bercampur sekata sebelum
menyuapnya ke mulut. “ Rambut saya sudah putih ni, tapi saya kasi warna sikit sebab cucu saya takut
tengok kalau putih” begitulah perbualan santai kami bermula, dari rojak ke
rambut ke cucu. Ternyata dalam usia 60 tahun, Osman masih cergas berbicara dan
kelihatan sihat. Untung jadi orang teater sentiasa nampak ada stamina.
“ Kenapa Bagaton yang abang mau kerjakan hari tu
(2014) gagal ? berenti tiba-tiba? Saya beranikan diri mencelah. Osman
meletakkan sudu dan garpu ke rojak mee yang baru separuh dinikmatinya sambilnya
mencapai tisu di tengah meja dan mengelap mulut, menghirup kopi lalu memandang tepat ke mata
saya. “ Saya kecewa, saya kecewa kerana ada yang tidak ikhlas, bila kita tidak
ikhlas apa saja yang kita kerjakan akan gagal, tapi saya belum menganggapnya
gagal. Kalau kita saja yang mengikhlaskan diri dan yang selebihnya hanya
melihat kepentingan sendiri maka berakhirlah.” Osman masih belum mengalihkan
pendangan matanya ke mata saya. Saya tengok ke tempat lain. Teater Bagaton yang
dirancang untuk dipentaskan di beberapa tempat termasuk Istana Budaya 2014 lalu
belum terlaksana atas sebab yang masih belum diketahui umum khususnya para
peminat teater.
“ Saya tidak mau
ulas banyak, ada kesihatan yang baik dan ada rezeki, Teater Bagaton tetap akan
saya pentaskan juga untuk kesekian kali. Kenapa? sebab kalau di barat ada kisah
Romeo and Juliet, di Semenanjung ada kisah Uda dan Dara, kita di Sabah ada
Bagaton sebenarnya, karya Datuk Amil Jaya yang menampilkan tema cinta abadi malah
bukan sekadar cinta abadi, ia lebih mendalam dari itu. “ sudah baca habis novel
Bagaton? Tiba-tiba saya disoal oleh
Osman. “Belum, saya baca sinopsis dan adaptasi ke skrip yang abang Osman buat saja”
jawab saya. “ lebih baik bacalah novelnya kalau ada kesempatan” ujar Osman.
Pertemuan Portal GINGKITA
dengan Osman Nasruh berakhir dengan cerita yang Osman tidak mahu GINGKITA
hebahkan. Maka saya pun letak pen dan buku nota sambil matikan rakaman. Rojak
mee tadi tu ampai-ampai sudah inda dikasi
abis nya. Dia mulakan cerita off the
record tu dengan ayat “ Kau taukah siapa yang betul-betul penjahat di dalam
dunia teater di Sabah ini?... saya tekun mendengar sambil senyum-senyum sebab
Osman pun tidak berapa serius bercerita. GK mendoakan agar Bagaton yang 'ikhlas' akan berjaya dipentaskan juga nanti oleh Osman Nasruh. InshaAllah.
Catat Ulasan