https://www.facebook.com/miejamli
1. pertandingan Nyanyian ni mana satu bah sesuai panggil samada Hakim ? Pengadil atau Juri ?
Pada pendapat saya ketiga-tiga terma itu merujuk kepada maksud
/fungsi yang sama iaitu individu yang diberi tanggungjawab untuk menilai serta
membuat keputusan sewajarnya dalam pertandingan nyanyian. Walaubagaimanapun
saya lebih gemar menggunakan perkataan 'Juri' @ panel juri.
2. kalau sebut pasal penjurian nyanyian biasanya apa yang akan dibayangkan oleh umum ?
Dalam soal penjurian nyanyian, umum biasanya melihat kepada
latar belakang / populariti peserta sebagai bakal pemenang. Namun penilaian
juri profesional biasanya fokus kepada kualiti persembahan peserta semasa
pertandingan berlangsung. Selain itu, juri melihat dari sudut teknikal,
kekuatan vokal serta pakej sebagai personaliti yang 'mampu pasar' serta
bersaing dalam industri.
3. Kalau seseorang mau jadi juri pertandingan nyanyian, apa perkara-perkara yang paling asas sekali ?
Sebagai individu yg bertanggungjawab menetapkan kualiti
penjuarian Anugerah Juara Carta Lagu Artis
Sabah CLAS RTM Sabah, saya menggariskan kualiti asas sebagai juri ialah
'WARAS'. Kualiti lain ialah 'pengalaman profesional' serta kelayakan yang
diiktiraf dalam bidang muzik oleh badan profesional.
4. Kualiti penyanyi Sabah, apa komen suhaimi ? ada yang mengatakan RTM pilih bulu, asyik-asyik penyanyi sama saja yang dipanggil apa komen ?
Saya tidak nafikan Sabah ramai penyanyi berkualiti. Faktor ini
sebenarnya menyebabkan tanda aras kita tinggi dalam pemilihan artis berkualiti.
Walaubagaimanapun kebanyakan penyanyi berbakat di Sabah kurang berminat ATAU
tidak mencari peluang untuk mempelajari ilmu nyanyian dengan betul dari sudut
teknikal, persembahan dan pemasaran bakat secara profesional. Ramai penyanyi di
Sabah yang mengeluarkan album secara 'indie' berasaskan kepada minat
semata-mata. Ramai yang berbakat mencipta lagu di Sabah tetapi seolah-olah
memaksa diri mereka menyanyi lagu tersebut diluar batas kemampuan mereka dan
faktor ini menyebabkan rakaman album mereka tidak berkualiti. Dalam siri bengkel yang saya kendalikan bersama PERTISA, saya turut menegur sikap artis tempatan yang kurang aktif buat promosi album seperti seperti mengunjungi stesyen radio, memohon slot dari penerbit rancangan rtm dan sebagainya. Bayangkan ada CD album artis baharu yang kami terima di RTM tiada maklumat artis pun. Macamana mo panggil kalau maklumat tiada? Pada saya RTM tidak pilih bulu, sebaliknya artis perlu bersikap profesional dalam pemasaran bakat @ produk mereka. Saya selalu sarankan artis hantar PROFAIL terkini kepada penerbit di RTM, tapi baerapa orang yang respon terhadap perkara ini? Sebagai contoh..Kalau kita mohon projek kerajaan pun kita perlu 'approach' yang betul untuk mendapat peluang. Penerbit cenderung memilih artis yang sama kerana komitmen kerja mereka baik, selain kualiti psermbahan mereka baik.
5. Ada yang tanya, macam mana prosedur yang sepatutnya jika mahu hantar lagu untuk siaran ke RTM?
Prosedur penilaian siaran RTM. Ini saya jadikan 'special task' kerana
banyak isu yang timbul akibat salah faham. Saya syorkan artis hadir bengkel
yang saya buat dengan kerjasama persatuan/kelab tempatan termasuk PERTISA.
Secara ringkas, CD lagu baharu artis tempatan boleh dihantar terus ke Bahagian
RKam Khanah RTM Sabah untuk direkod dan dinilai untuk lulus siaran rtm. Kalau
lagu gagal, betulkan apa yang ditegur oleh panel penilai berdasarkan komen
speseifik yang dinyatakan sebagai sebab lagu tersebut gagal. Kalau sudah
betulkan hantar semula..insha Allah lulus la tu...90% masalah lagu gagal tu
berpunca dari masalah yang paling asas dalam muzik...malu kalau kita siar
mambabi buta..
Catat Ulasan