Gingkita dengan rasa bangga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ybhg. Datuk Deddy M Borhan atas perlantikkan semula sebagai beliau sebagai PENASIHAT INDUSTRI KREATIF SABAH DAN SARAWAK berkuatkuasa pada 16 hb Jan 2017. Maklumat yang disampaikan oleh salah seorang Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Penggiat Filem Video dan Multimedia Sabah. kepada portal Gingkita itu 'disahkan' oleh Datuk Deddy dengan menjawab 'terima kasih' kepada pesanan ringkas ucapan tahniah kami kepada beliau lewat petang tadi . Warga Gingkita mendoakan agar beliau terus diberi kesihatan yang baik bagi menggalas tugas tersebut bagi penggal yang kedua. Tahniah.
Catat Ulasan