Wawa El-Diamond ( Modelling, Usahawan )
1. Salam, apa cerita terbaru pasal Wawa? perniagaan ? kawan2?
:: 2017 ni rutin Wawa masih lebih kurang sama dengan tahun-tahun sudah, sibuk uruskan perniagaan bersama keluarga dan lebih penting Wawa masih meneruskan bidang seni peragaan ( modelling )dan ratu cantik sebab itu memang hobi atau minat Wawa dari dulu. Kadang, walaupun tidak dapat memenuhi semua undangan peragaan pentas kerana kesibukan kerja tapi Wawa masih dapat luangkan masa sebagi Juri / pengadil pertandingan-pertandingan modelling dan ratu cantik bagi menghormati jemputan penganjur dan juga memang minat Wawa di situkan. Pasal kawan-kawan,... Syukur ke hadrat Allah S.W.T sebab mengurniakan Wawa rezeki dalam bentuk silaturahim yang selalu terpelihara dengan Wawa tidak kira kawan-kawan lama dan mahupun yang baru. Tambahan lagi kawan-kawan Wawa semuanya yg baik hati dan sentiasa membina persekitaran yang positif untuk Wawa. Paling best, Wawa masih lagi akrab dengan rakan-rakan masa di bangku sekolah dulu. Kawan sekampung pun gitu, maklumlah ada Facebook dan Wassup senanglah berhubung. Kalau ada masa lapang Wawa akan keluar makan bersama. Lagi satu Wawa ni memang jenis friendly n mudah dapat kawan baru cumanya Wawa hati-hati juga sebab taulahkan sekarang ni ada macam-macam rupa manusia. Wawa memang amalkan sikap bersangka baik tapi kena juga hati-hati.2. Penghujung tahun lepas ada terlibat dengan penggambaran TV, Drama ? cerita sikit.
:: Oh itu... sebenarnya Wawa dijemput oleh seorang penerbit rancangan masakan sebagai host jemputan mengendalikan satu rancangan masakan tu bersama dengan salah seorang Peserta Masterchef Malaysia. Itu, pengalaman yg baru dan amat berharga pada Wawa. Tambah Wawa rasa gempak bila digandingkan bersama pelakon dr Kuala Lumpur masa tu. Yang lucunya, baru Wawa tau, rupanya rancangan memasak yg kita tengok 15-30 minit di kaca TV itu sebenarnya ambil masa berjam-jam untuk dirakamkan ( pagi ke petang ) huhu . Apapun Wawa bersyukur kerana team tu banyak membantu Wawa dan melayan wawa dengan sangat baik sekali. Lepas rakaman program tu, sebenarnya ada juga penerbit dan pengarah yang hubungi Wawa untuk berlakon dalam drama tapi Wawa tolak secara baik. Sebabnya, Wawa akui ilmu wawa dalam dunia lakonan terlalu cetek dan masih banyak yang perlu Wawa pelajari. Bukan Wawa tidak pernah berlakon sebelum ni tapi Wawa ntah berlakon depan kamera susah sikit. Jangan salah faham pula sebab dunia modelling dan lakonan ni bagi Wawa dua hal yang sangat berbeza, kalau ada yg mampu menguasai kedua-duanya, memang hebatlah orang tu.
3. Dunia politik ? Apa pendapat wawa ?
:: Politik ??? emmm sebagai rakyat biasa, Wawa juga ada penilaian tersendiri pasal politik dan bagi Wawa sebagai modelling dan usahawan perlu juga untuk Wawa ambil pusing hal politik dalam negara khasnya. Kan Orang bilang harus peka dengan perkembangan semasa kan... Kalau tanya Wawa, mudah saja, bagi Wawa setiap warganegara bertanggungjawab peruh untuk jaga keharmonian dan keamanan dalam negara. Keamanan cukup penting, semua orang tahu. Kalau keadaan dalam negara huru-hara, tentu tidak aman, bila tidak aman, apapun tidak dapat kita lakukan. So berpolitiklah pun, cumanya jangan kita abaikan keamanan.
4. Sejak terlibat dalam dunia peragaan dan perniagaan, apa pencapaian terbaik wawa yang boleh dikongsi dengan kawan2 dan Mungkin peminat wawa
:: Alhamdulilah, bagi Wawa ukuran pencapaian terletak pada nilai dan pandangan kita terhadap diri kita sendiri. Rasa hormat kita terhadap diri sendiri itulah sebenar-benar pencapai bagi Wawa. Kalau mau disebutkan adalah sedikit yang telah wawa capai. Walaupun tidak besar mana tapi Wawa rasa bersyuku dan gembira kerana itu semua rezeki dari Allah S.W.T. Wawa pernah terima Anugerah Khas Ikon Peragaan Negeri Sabah, Ikon Puteri Koprat Negeri Sabah, Pernah juga Johan Unduk Ngadau Perpaduan Negeri Sabah, Miss Borneo 2011 dan yang terbaru ni Iconic Queen Sabah / Malaysia 2015. Cukuplah itu saja sebab bagi Wawa tidak penting sangat untuk digembar-gemburkan dan masih banyak perkara yang perlu Wawa belajar sebenarnya
Catat Ulasan