Asmin Mudin 
Sebelum ini Asmin Mudin, komposer prolifik tanah air kelahiran Sabah jarang kedengaran bersuara mengenai Akta Hakcipta (1987) atau apa juga yang berkait hak serta kepentingan pengkarya muzik Sabah. 

Posting FB Asmin kebelakangan ini kelihatan dan terbaca ‘agak keras’ kerana menurut beliau pihak berwajib atau pengkarya khususnya perlu sedar akan hak karya mereka yang bukan saja perlu dituntut tapi perlu dilindungi.

Berikut admin kongsikan beberapa posting Asmin di FB beliau :

Asmin Mudin III‎ ke SCORE  Semalam 13 Dis pada pukul 12.16 pagi :
Kami orang Seni Sabahan yang amat talented@lubuk talent Malaysia...Tapi kenapa 29 tahun Malaysia tidak pandang kami yg jauh beribu batu ini?? .

‎Asmin Mudin III‎ ke SCORE pada 10hb Disember jam 12.10 pagi :
Saya@ Kami TIDAK mau di kaca2 TV,TV karaoke kami, radio ,(frekuensi ka steaming ka online ka), supermarket, hotel2, kami di Sabah semua muka2 kamu (luar Sabah@Semenanjung)..MUKA kami sendiri cukup besar utk diri kami sendiri

‎Asmin Mudin III‎ ke SCORE pada 27hb November jam 9.51 ptg ·
Perpecahan Persatuan2 Penggiat Seni Sabah menyebabkan kita tiada kuat suara utk bawa isu2 permasalahan kita ke Dewan Undangan Negeri?

Asmin Mudin III 4hb Oktober :
Para komposer & pembikin Video Muzik Sabah selama 29 tahun tercicir dlm muzik industri Malaysia mahupun di negeri sendiri....Mari bergabung di SCORE sebab kita BUBUT HAK KITA...


Ternyata dalam perjuangan ini Asmin tidak berseorangan, beliau dan rakan-rakan bernaung di bawah platform pertubuhan yang dinamakan SCORE (Sabah Composer And Music Video Makers Association) yang baru ditubuhkan. 

Sejarahnya apabila Asmin Mudin bersama 7 orang prime mover yang diketuai beliau sendiri mengambil inisiatif bermesyuarat pada 18 Ogos 2017 sekitar pukul 8 malam di Cyber City Kepayan. 

Selain Asmin Bin Mudin selaku Pengerusi Penaja ketika itu, beliau juga disokong kuat oleh Jasni Bin Mohd Yaakub (Jasnie My) , Latina Binti Lumidang, Hj Khairul Nizam Bin Hj Maskor, Norsabariah Juita Binti Lupian, Mohd Ashraf Bin Abdullah, Rodie Bin Jamun (Rodie Sofazr) & Cyril Aloysius@Tashri Abdullah sehingga tertubuhnya Persatuan Komposer Dan Pembikin Video Muzik Sabah (Sabah Composer And Music Video Makers Association) SCORE Mesyuarat penaja SCORE 

Mesyuarat penaja SCORE
Ketika dihubungi melalui aplikasi Whatsapp, Asmin mengirim whatsapp berikut:
Adalah tidak adil menyalahkan para pengkarya Sabah yg MASIH RAMAI tidak mendaftar ahli MACP,PPM dan RPM...Sebaliknya lesen yang telah diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada badan perlesenan & pemunggut royalty awam itu adalah AMANAH kerajaan untuk menjaga hak para pengkarya di seluruh Msia termasuk Sabah.
Sepatutnya kempen keahlian, kempen kesedaran pemain industri muzik, penguatkuasaan & pungutan di serahkan kpd Sabah sendiri “ “ Langkah SCORE baru bermula. Kita bedudun2 dgn kjaan negeri & para pengkarya Sabah dulu. Sampai masa SCORE berkunjung muhibbah ke kerajaan Persekutuan.

Terakhir Asmin mengutarakan soalan berikut :
"Saya tanya kamu sekali lagi: Adakah MASUK AKAL saya kena bayar royalti RM188.00 SETAHUN untuk lagu SAYANG KINABALU?? 
*Admin mendoakan agar perjuangan Asmin dan rakan-rakan akan menjadi kenyataan demi hak pengkarya lagu lirik dan muzik video Sabah.

Asmin Mudin, komposer prolifik tanah air kelahiran Sabah jarang kedengaran bersuara mengenai Akta Hakcipta (1987) atau apa juga yang berkait hak serta kepentingan pengkarya muzik Sabah.

Catat Ulasan

  1. Sekadar memberikan pendapat.

    Kalau harta intelek yg jatuh dibawah kategori Hak Cipta ni. Hak cipta tidak perlu didaftarkan di MYIPO(Perbadanan harta Intelek Malaysia)

    Jadi cara utk membuktikan hak cipta kita punya, kita, kita buat Statutory Declaration akuan sumpah di Mahkamah.

    Atau cara kedua pegi MyIPO di KK tu pastu buat Permohonan Pemberitahuan Sukarela Hakcipta.

    http://www.myipo.gov.my/ms/prosedur/?lang=ms ini link 👆 utk prosedur. Jadi boleh rujuk link ni la utk tau prosedur tu

    Save dlm cd kosong ciptaan kita tu pastu simpan dgn MyIPo. Supaya bila kita buat tuntutan di Mahkamah nanti, boleh dijadikan bukti yg ciptaan tu mmg kita punya. Dan bukti tu adalah bukti yg Prima Facie.

    Selain itu, kalau ada orang yg telah melanggar hak kita sebagai pemunya karya, ada dua jenis tindakan kita boleh ambil.

    1. Saman di Mahkamah
    2. Guna perkhidmatan KPDNKK. boleh juga lapor d KPDNKK sebab dorg ada bahagian penguatkuasaan harta intelek juga

    http://www.myipo.gov.my/ms/hak-cipta/

    Berikut saya sertakan laman web MYIPO utk rujukan.

    Saya harap membantu.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.