Gingkita (GK) mula kenal Saff sebagai penyampai radio ketika GK bertugas di KKFM bermula 2010. Saff urang Labuan plus KK campuran Dusun Kedayan. Sebagai penerbit dan penyampai yang paling berusia atau ‘beliau’ sikit selepas Feria Lee waktu itu, GK dapat lihat cara kerja Saff dan bahan terbitan beliau agak berlainan dan berkarakter.Selain di konti, Saff juga ‘campen’ di pentas roadshow yang dibuat oleh kkfm.Sentiasa menghormati senior dan rakan sebaya. Waktu itu Saff masih student Komunikasi di Yuimis (UMS). Selepas tamat pengajian, Saff ‘hilang’ tup tup muncul di skrin TV3 sebagai wartawan. Kali pertama GK nampak, GK bilang, sini la kau paling ngam keraja... ikuti temubual whatsapp GK bersama S.A double F( ahh.. ID Saff ketika keudara di kkfm dulu )
LABUAN FM
KKFM
1. Selepas meninggalkan KKFM Saff ke TV3 sebagai wartawan, boleh komen sikit pasal berkerja dengan stesen TV ni?
Bila bekerja dengan stesen TV di semenanjung ni banyak sebenarnya saya mo komen haha kasi pindik crita saya selalu buat pemerhatian dan selalu angan-angan yang Sabah sebenarnya mampu ada stesen TV sendiri jauh lebih hebat dari semenanjung. Mengapa saya katakan begitu? Pertama dari segi bakat nyanyian memang tidak dapat disangkal Sabah jauh lebih hebat. Kedua dari segi lakonan. Kenapa tv3 perlu bayar drama Philippine? Indonesia? Saya sedih sebenanrnya banyak lagi benda buli ditayang dari Sabah yang jauh lebih unik dan masih banyak belum diteroka.
2. Saff mula sering kelihatan di kaca tv sebagai wartawan lokasi ketika Krisis Tanduo, segmen pendidikan, kemerdekaan dan beberapa lagi. Setakat ini apa pengalaman terbaik Saff
Kalau dihitung hampir setiap hari adalah pengalaman terbaik. Hampir setiap hari saya bertemu orang baharu, orang hebat, orang politik, selebriti di pelbagai lokasi, ragam dan pengalaman saya temui. Saya rasa antara pengalaman yang paling berharga adalah liputan krisis Tanduo. Masih mentah hijau dalam dunia kewartawanan dan baharu bekerja kira-kira tiga bulan, tapi saya diberi kepercayaan untuk membuat liputan krisis terbabit. Saya berada di Lahad Datu dan sesekali ke Semporna dan Tawau tanpa cuti kerja terusss selama dua bulan di sana sehingga Pilihan Raya Umum ke-13. Bulan pertama adalah yang paling tertekan bukan sahaja berdepan ancaman pengganas, tapi hampir setiap jam Sri Pentas perlukan info terbaharu dan ada satu ketika saya rasa macam hampir pengsan sebab tidak cukup tidur. Berada di zon perang benar-benar mematangkan saya sebagai seorang wartawan.
Liputan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris, Perancis bersama rakan penyiaran asing ARD TV Jerman.
Liputan MH370 di Selat Melaka bersama Pemangku Menteri Pengangkutan ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
3. Wartawan tv, bagi pendapat Saff jenis orang yang bagaimana yang boleh bekerja di stesen tv khususnya sebagai wartawan.
Tugas wartawan adalah pekerjaan yang tersenarai dalam antara 10 tugas paling stress di dunia. Jadi kalau mahu jadi wartawan perlu pantas, cekap, mental & fizikal kena kuat dan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Contoh krisis Tanduo, tidak sampai beberapa minit saya menjejakkan kaki di Lahad Datu saya diminta untuk terus berlintas langsung. Jadi… wartawan kenalah cekap dengan keadaan sekeliling. Hampir ditembak tentera kerana disangka pengganas memasuki zon larangan. Untuk mendapat berita eksklusif wartawan perlu sesekali “break the rules” jadi… wartawan kena berani dalam apa jua keadaan. Cuti Raya? atau cuti hujung minggu? Jangan mimpi Haha belum tentu lulus. Jadi… bukan sahaja wartawan, pasangannya juga harus kuat mental dan faham tugas-tugas si dia.
4. Tentu ada idola dalam bidang kewartawanan Radio (dulu) TV, boleh sebutkan dan mengapa?
Sayed Munawar (bercakap pakai otak+bakat) 2. Oli Pettigrew (Karisma bersahaja) 3. Andy Cohen (most talkative person) 4. Najib Ali (Yakin & gila), Mariamah Tijo (Legend). Semua ini saya observe sejak sekolah lagi. Mereka datang dari pelbagai bidang yang berbeza. Setiap kali saya bersiaran saya cuba ambil aura mereka. Nama mereka tidak lah se gah seperti beberapa personaliti tv lain tetapi apa yang saya kagum mereka mempunyai jenama dan kelas yang tersendiri. Popular bukan pengukur, namun nama mereka yang kurang dikenali menjadikan mereka rare, limited & special edition di pentas yang
5. kalau diberi peluang untuk menyenaraikan nama orang-orang yang telah menyumbang kepada kemenjadian Saff sebagai wartawan TV dari dulu hingga sekarang... siapakah orang-orang itu yang akan Saff ucapkan terima kasih.
Ramai sebenarnya kalau mahu disebut satu persatu, guru-guru di sekolah, krew-krew Labuan FM & KKFM sangat menyumbang kemenjadian saya sekarang. Tapi guru pertama saya adalah Ustazah Zubaidah yang gilap bakat saya sejak darjah empat dalam pertandingan bercerita kisah Nabi. Sayangnya saya lost contact. Sejak itu saya terlibat dalam pertandingan orator seperti syarahan, pidato, pesta pantun, bahas, forum dan macam-macam lagi sehinggalah tingkatan enam dan peringkat Universiti. Walaupun tidak pernah Johan hingga ke peringkat tertinggi dalam pertandingan yang diceburi namun pengalaman benar-benar mengajar dan menjadikan siapa diri saya sekarang. Paling terkesan jiwa saya apabila saya pernah datang uji bakat ON AIR yang dihakimi oleh Datuk Aznil Nawawi di salah sebuah hotel di Kuching, Sarawak. Saya gagal dalam uji bakat tersebut kerana katanya saya tiada aura. Masa tu pinjam duit kakak ipar beli tiket tidur di surau airport okkk haha. Tanpa disangka selepas hampir kira-kira empat tahun rasanya di lokasi sama empat tahun lalu saya ditolak Datuk Aznil, saya diberi kepercayaan untuk menjadi Host “Kamek Sayang Sarawak” bersiaran secara langsung setiap hari selama sebulan. Point saya disini, pengalaman dan orang yang pernah menjatuhkan kita itu juga antara guru terbaik mengajar kita untuk terus melangkah ke hadapan. Sesungguhnya tiada jalan mudah untuk kita berjaya.
KOLEKSI GAMBAR KETIKA MENJALANKAN TUGAS
Temubual Eksklusif bersama YAB Perdana Menteri Malaysia
Liputan Wacana Wasatiyyah bersama Fazley Yaakob di Auckland, New Zealand.
Temubual bersama Awal Ashaari & Scha Alyahya
Temubual bersama Datuk DJ Dave & Tan Sri SM Salim
Temubual bersama Datuk Siti Nurhaliza
Temubual bersama Hatta Dolmat
Temubual bersama KEMBARA
Op Daulat
Catat Ulasan